IzzasaifuL's FotoPage -  - Fotopages.com
Hanna 20 hari ~ kembung perut & demam
<description>Hanna first visit to clinic masa umur 20 hari.  Kembung perut & demam. Sian anak ibu ni. Kul 9mlm tetiba lepas menyusu dia nangis kuat sesangatt..cuak ibu ok! Nasib baik ayah ada..! Ayah baru je sampai dari Putrajaya. Cek2 tgk Hanna kembung perut..keras perutnya. :-(   So sapu la segala minyak yang ada then bedung dia mcm biasa.  Tapi still nangis teresak2..non stop.  Kesian sgt. Sambil tido sambil nangis esak2. Then bila buka bedung, nak cek perut lagi, rasa badan Hanna panas. 
So kami decide nak bawa pergi klinik..walau pun masa tu dah pukul 12 tgh mlm.  Tawakal je..dah anak sakit kan.  Si Hanna plak, masuk je keta, diam esaknya.  Sampai ler klinik & jumpa doktor dia diam je.. :-> Bila nak balik, masuk keta je dia start teresak2 balik..lawak je anak ibu nih. Jumpa doktor tau diam.. LOL  Hmm..doktor kata mmg kembung perut & demam sikit, 37c.  So balik tu, nyusukan Hanna, bagi ubat kembung perut & ubat demam then dia terus tido dgn amannya..legaaa!
Hanna kena tampal coolfever..tp x lama lekatnya, pandai cabut sendiri..ditolak2 dgn tangan langsung tertanggal ;-) </description>
Our Little Sweetheart ~ NUR HANNA IRDINA MOHD SAIFULLIZAN
Introducing, our buah hati pengarang jantung yang ditunggu sekian lama ~ Nur Hanna Irdina bt Mohd Saifullizan.  Ibu selamat melahirkan Hanna secara normal pada 1/6/2008, 7.08ptg @ Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.  Berat Hanna masa lahir 2.4kg jer..such a small baby doktor kata :->.  Apapun ibu tak kisah..yang penting segalanya selamat sudah & alhamdulillah mudah sekali melahirkan Hanna.  Memang ibu tak serik & syukur segalanya dipermudahkan Allah. Ibu masuk labour room around 6.15ptg, 45min kemudian Hanna pun keluar dgn senang..dah ler ibu tak makan/minum, tanpa air selusuh bagai..aminnnn.
Ada kisah menarik disebalik kelahiran Hanna.  Actually, EDD ibu is on 21/6/2008.  Mengandungkan Hanna ni doktor kategorikan sebagai 'precious pregnancy' coz ibu tunggu lammaaa..7 tahun dgn sabar & macam2 usaha.  Akhirnya, dapat rezeki mengandungkan & melahirkan Hanna sebelum usia ibu cecah 30..alhamdulillah bole tahan muda lagi la kan ;-).  So, masa awal2 preggy, doktor kat Hosp. Putrajaya tanya mode of deliver..of course ler nak normalkan.  Tapi doktor advise to go for c-sect..katanya tak nak risiko baby..dah ler lama tggukan. If c-sect, cukup je 38mggu dh boleh on.  Lama gak ler pikir..sampai last appt bulan 5 tu baru kitorang bagi result.  Setelah tanya pendapat family, kawan2 semua..walau ada yg tak setuju (my mum in law.. :->) ibu pun nekad to go for c-sect..for the sake of baby, biar ler ibu korban sakit/seksa sikit.  OK..then bila setuju je nk c-sect, doc bagi date, 9/6/2008..masa tu cukup 38 mggu kandungan.  By 8/6 dah kena warded.  Bila dpt je tarikh c-sect tu, ibu tetiba jadi nervous semacam je. Dah ler x penah seumur hidup masuk wad, apatah lg nak kena operate..huu huu..! 
Sepanjang preggy, ibu tak ada masalah sgt, tak ngidam yer2 sgt, apatah lg benda2 pelik..just masa 5 bulan ibu batuk teruk smp MC seminggu, nk ckp pun x leh..asyik batuk jer.  Sampai 9 bulan pun ada lg saki baki batuk..tp sesekali je. Org kata pembawakan. Masa buat 3D scan kat klinik swasta, doc bgtau everything was ok & perfect, so mmg x ada masalah nk deliver normal.  So, seminggu lagi nk c-sect tu, ibu dah ok sket..dh ready mental fizikal :-D.  
So, Jumaat 30/5 tu kitorang balik Sban..hangkut sikit2 barang baby, bakul, toilettaries suma la..konon2 lepas deliver 9/6 nanti x der la penuh kereta sgt nk bawa balik baby.  Sabtu, 31/5 tu b/fast kat bandar Sban dgn family in-law, siap mkn nasi lemak & puri sedap kat depan IPK Sban tu.  Then singgah Manjaku Senawang cari lagi barang2 baby. Kitorang plan, the next day, Ahad 1/6 tu, lepas b/fast nak balik Putrajaya..coz t/hari nak attend wedding kawan hubby kat Kelana Jaya. Sekali, hmm x dpt ibu merasa nasi minyak itu rupanya..si Hanna dh tak sabar nk keluar LOL.  So gitu ler kisahnya, si Hanna yg lahir pada usia kandungan ibu 37mggu ++.  Awal 20 hr dari due date, awal 1 mggu dari tarikh plan utk c-sect.  Rupanya Hanna dah x sabar nk keluar & x mo kuar ikut tingkap daa..ha..haa! Clever gurl.. ;-)    
Hanna masa 7 hari..suka pix ni..posing cam org beso2 dah.. :-> 
with ayah..
Hanna 1 mth old..naik sket, 3kg dah..
arrgh..! ibu ni asyik amik gambo Hanna jer..LOL 
Hanna dgn ibu, 41 hari. Masa ni tggu ayah mskkan barang dlm keta, nak balik rumah nenek Paroi lak..</description>
Let's Countdownnnnn..
<description>http://lilypie.com()
MISSION ACCOMPLISH!!
<description>Semalam, seharian kami merayap kat Bangi mencari barang2 baby.  So, by now I could say, our MISSION ACCOMPLISH..!! Lega..puas hati.. :-D Seawal 9pagi dah keluar rumah.  Breakfast kat Bangi Kopitiam.  Then terus ke Billion PKNS..sebab dapat info sana tgh sales gile2 barang baby.  Memang pun..!! rambang mata saya dibuatnya..rasa suma nk belek walau pun tak beli..hee..heee..! End up, habis ler around RM100 juga kat Billion. Actually mission kami nak cari Steam Steriliser utk sterile bottle baby. Jumpa benda tu kat Billion, brand Disney Baby rege RM29.90.  Tapi ingat nak tgk kat Manjaku pula la..kot2 murah & ada brand2 lain. Sebab masa lalu depan Manjaku tu, nampak ada sales gak coz dia jual kat bahagian luar kedai..masa tgk tu dh teruja dah..tak sabar je nak pergi..heee heee.! LOL 
Di Manjaku, jumpa steriliser tu..brand yang sama, tapi rege amboiii..RM49.90 kau!! :-O  Mahal la plak..then apa lagi, cakap dgn hubby kena gi Billion semula & beli kat sana jer.  Sebelum keluar, naik tingkat atas jap, tgk baby cot.  Kebetulan ada promotion utk baby cot.  Satu rege RM499 (with free fibre mattress & bedding set).  Satu lagi RM299 (free foam mattress & bedding set).  So, decide nak beli yang 299 tu je coz kecik sket..so muat la nak letak dlm master bedroom & tolak kuar/masuk pintu bilik.  Yang 499 tu agak panjang & besar sket.  Tapi tak beli lagi coz kami naik keta kecik, takut x muat nak angkut bawa balik.  So hubby ajak dtg semula petang, bawa keta besar plak.  Ok la tu.. :-> 
ni ler rupe Microwave Steam Steriliser tu..juz masukkan air then letak dlm microwave for a few minutes..agak senang gunanya & moden syle sket..tak yah nak rebus2 air panas dlm periuk suma cam dulu2. Hmm..siap dpt free botol brand Disney 2 biji.. ;-) 
On the way balik, hubby ajak makan Nasi Kandar Dawood kat Nilai. Me, ok je..rileks je dok sebelah kan..bukannya kena drive pun. Hee..heee! Actually 'nasi kandar' tu fav hubby..dah berminggu2 he's craving for that nasi kandar. Sampai kat kedai tu, tgk ramainya org, siap kena 'q' kat luar kedai tu.  Dalam 15 - 20min, baru hubby dapat tapau, then kitorang balik makan & rest. 
Petang dalam kul 4pm, kitorang keluar semula. Ikut hubby gi Tmn.Sg.Besi jap..w/syop kereta membernya.  Ada sesi photoshoot dgn kereta. Settle shoot tu, kul 6pm kami ke Bangi semula.  Singgah Petronas solat Asar dulu then singgah Village View, terus dinner & tapau sate.  Dah kenyang, gi Manjaku semula, beli baby cot pagi tadi, mosquito net & stand utk net, then terus balik.  Siap2 dok depan TV nak layan AF Final.. LOL  Sambil2 tu, hubby wat treatment..urut kaki saya.  Tu la, tak padan kaki dah bengkak2, sakan nak jalan gak sana sini.  Tapi takpa, saya puassssssssss dapat apa yang dicari. And mission accomplish juga akhirnya. ;-)  
my beloved hubby a.k.a ayah-to-be..amacam! ada cam Alex Yoong tak?? LOL 
Ayah pun excited..mlm tadi jugak pasang baby cot anak.. :-> 
Ibu pun sama excited..dan2 test bedding set utk crib anak.. :-> 
Yg biru mmg dah beli awal lagi from Classic Pooh Collection..
the other one tu free, pakej beli baby cot.. 
05.05 ~ Ulangtahun Ke~7..
Hari ni ulangtahun perkahwinan kami yg ke ~ 7.  Maybe celebrate ala kadar je sebab mummy-to-be dah sarat..so x leh ler nak jalan2 makan angin mcm last year, kami ke Bukit Tinggi, Pahang.  This year punya trip kena postpone hujung tahun la kot (jalan2 dgn baby sekali, insyaallah..!!) Tak mengharapkan apa2 special pun thn ni, sbb kehadiran 'our little one' next month nanti merupakan hadiah yg palinggggg bermakna bagi saya..;-)  
he's everything to me..
Anniversary ke 7 ni kami sambut kat rumah jer, ala kadar.  Makan Strawberry Chocolate Cake tajaan Secret Recipe..yummy..! :P Then I brought for hubby, bear kecik yg meng'hug' chocolate dgn sekeping kad.  Hubby sekali lagi wat suprise kat wifenye..hantar bunga kat office! 2 dozen roses..berat occay..! Tapi suka sangat dgn bouquet tu..tq sayang..! :flowers: 
Diari Hujung Minggu..
<description>Semalam, Sabtu kami ke Sunway Pyramid.  Tujuan asal nak repair my toys ~ N95 tu.  Ada problem dgn 'secondary camera'..so bila nak 3G je org tak leh nampak muka, tapi kita je leh nampak muka org sana.  Disamping tu nak pi makan Hartz Chicken jugak. :P  :P   Kepingin nak Hartz Chicken coz dah lama sgt tak pekena.  First time makan 2 or 3 tahun lepas rasanya.. :P  Restoran Hartz Chicken ni konsepnya ~ buffet style. Once u entering je kena bayar dulu..sorang dewasa RM19++.  Then dah masuk & duduk, makan ler apa yang u all nak makan.  Kebanyakan makanan kat HC ni berasaskan ayam.  Ala2 KFC la..tapi ada juga fruit salad, pasta2, bun, mash potato & buahan2.  Hot water pun kalau nak kena bancuh sendiri..soft drinks pun sama, just tadah je.  Pencuci mulut, ada ice-cream juga, kena amik sendiri gak & boleh pilih & letak topping sendiri.. Rasa ayamnya tersendiri, of course ler tak sama dgn KFC kan..tapi for me, ok je la.. :P 
cun giler toilet kat Sunway nih..I likeee..!!
Lepas makan pusing2 cari kedai baby la plak.  As usual, skrang ni pi mana2 pun mesti nak tuju kedai baby.  Survey2 & cari sikit2 barang2 keperluan our little one ni.  Masuk World Of Cartoon..waaa! teruja ok..!! $-)  :P Geram tgk baju2 & barang2 yang kiut miut.  Dapat juga la beberapa barang seperti di bawah ini..Then masuk Butik Anakku plak, dapat 2 pasang baju si kecik ni kaler putih..x byk choice dh baju2 new born kat Anakku..:-D  :-D 
Teruja dgn ~ Baby Bathing Bed ittew.  Gunanya masa nak mandikan baby.  Just letak je dalam bath tub baby then letak baby atas tu.  So tak kekok sgt le nak mandikan baby nanti if ada benda alah ni.    
Hari Ahad, rest2 kat rumah je.  Hari ni hubby nak try masak Chicken Green Curry.. :P ok gak tu.  Sementara hubby cari barang2 kat Carrefour, saya buat projek basuh baju baby.  Oleh kerana penyidai tak cukup, hari ni just basuh barut2 & bootee/mitten/bonnet baby jer.  Next time sambung lagi projek membasuh.  Tak larat dah nak basuh & buat keje banyak2.  Kaki dah mula sakit2.  Dah start membengkak sikit2.  Bangun pagi je mesti sakit/semut2 tapak kaki..huuu..huuuu..!  Lepas settle projek basuh-membasuh, nak mula projek packing-mempacking plak..then baru bole rest & tggu masa nak deliver ajer..InsyaAllah.:-D 
Adorable sungguh..
<description>la budak berdua anak mat saleh ni.  Gambar ni saya buat screensaver desktop PC kat ofis.  Geram tgk..comel bangatt..! Orang kata nak anak comey, kena selalu tgk gambar baby yang comey2 gak..! Ni ler yang saya tatap hari2.. ;-) 
Comel Ker??
<description>Latest update saya yang makin tembam & cumel..haa..haa!  Kat ofis skrang ada yang panggil saya 'ibu comel'..lawak je. Lantak ler..apa2 pun saya terima.. LOL 
ni masa 6mths ++..
yg ni masa 7 mths kot..
gambar2 via my new N95.. ;-)</description>
For HIM or HER..
Hasil shopping pertama barang2 baby di Butik Anakku @ Alamanda tengahari tadi. Butik Anakku tgh sales sekarang.  Rambang mata juga tadi, geram tgk semua barang rasa nak beli jer..tp tggu hubby la beli sama2. Oleh kerana gender belum dapat diconfirmkan lg, so ibu beli la colour2 selamat yg sesuai.. ;-) 
So, tadi sempat rembat:-
1. ~ sehelai romper (comey giler..byk2 baju baby, suka tul dgn romper ni.. ;-) )
2. ~ baby face towel ( 2 helai)
3. ~ mittens & bootees 
4. ~ Mickey mittens, bottees & bonnet
5. ~ juga set mittens & bottees.. </description>
My Belly @ 25wks++ of pregnancy
<description>Ramai yg tggu new updates kat FP nih & ada few friends juga request nk tgk perut comel saya. So ni la dia, my latest cute belly yang dh menjangkau 25wks ++ (kalau kira bulan, dh masuk 6 bln++ dah) that means, dah nk hampir ke 3rd trimester pun.  Baby pun dh makin aktif tendang2 perut ibunya.  Syok pulak rasa.. ;-)  So, rasanya dh boleh start shopping barang2 utk baby.  Satu apa pun tak prepare lagi ni..excited tu mmg excited, tapi pesan orang2 tua kena ingat.